Khas untuk Sales Advisor kereta
Kau fokus closing.
AI bantu urus customer.
AI assistant yang bantu SA kereta jawab enquiry WhatsApp, susun lead dan follow-up supaya tak mudah terlepas peluang jualan.
Claim Free Setup- 14 hari RM0
- 100 AI credits
- Setup Zoom
- Group support trial
Kad diperlukan bila mula trial. Solo RM49/bulan selepas trial kecuali dibatalkan. Caj Meta berasingan.
Banyak enquiry masuk.
Tapi berapa yang terlepas?
Sehari ada puluhan chat. Ada tanya stok, ada nak semak loan, ada minta quotation, ada nak test drive. Sambil layan customer di showroom, chat lain tertimbus. Yang tak dibalas atau tak di-follow-up, selalunya pergi ke SA lain.
- Bang, Myvi ada lagi?
- Loan saya macam mana?
- Boleh bagi quotation?
- Bila boleh test drive?
Penyelesaian
Kenalkan Velto Prime.
AI assistant khas untuk SA kereta.
Bukan sekadar chatbot. Velto susun kerja kau dari enquiry pertama sampai kau ambil alih untuk closing.
AI bantu jawab WhatsApp
AI guna maklumat model, FAQ dan polisi yang kau sahkan. Pilih mod Semak dulu (kau tekan Hantar, Ubah atau Buang) atau Auto.
Lead & follow-up tersusun
Setiap chat jadi lead dalam Pipeline, lengkap dengan next action dan masa follow-up.
Senarai kerja harian yang jelas
Skrin Hari ini tunjuk siapa perlu perhatian kau sekarang, supaya kau fokus pada customer yang sedia.
Skrin sebenar app Velto Prime · data contoh
Cara ia berfungsi
Dari enquiry sampai ke booking.
Velto urus enquiry dan follow-up. Kau ambil alih bila sampai ke peringkat penting: test drive, rundingan dan booking.
Customer tanya pasal Myvi
Chat WhatsApp masuk ke Inbox Velto dan terus jadi lead. Nama, model diminati dan sejarah chat disimpan di satu tempat.

AI sediakan balasan ikut mod kau
Dalam mod Semak dulu, AI tulis draf dan tunggu kau tekan Hantar. Dalam mod Auto, AI hantar sendiri. Soalan loan dijawab dengan jujur: kelulusan bergantung pada bank, bukan janji AI.

Velto rekod next action
Bila customer minta test drive atau perlukan orang, Velto tandakan untuk kau. Skrin Hari ini tunjuk siapa perlu dilayan dulu.

Kau sahkan butiran dan teruskan booking
Kau ambil alih chat untuk sahkan slot test drive, sediakan quotation dan bincang loan. Pipeline tunjuk setiap customer berada di peringkat mana.

Skrin sebenar app · semua nama, nombor dan chat adalah data contoh. Velto tidak meluluskan loan atau mengesahkan booking.
Ruang untuk yang penting
Kerja tetap jalan.
Masa dengan keluarga pun penting.
Bila follow-up tersusun dan kau tahu siapa perlu dilayan dulu, kurang perkara yang kau perlu ingat sendiri. Lebih senang nak letak telefon sekejap dan hadir untuk orang di rumah.
Cara setup
Tak pernah guna AI? Tak apa.
Kita ajar setup terus.
- Isi borang Free Setup. Ceritakan model yang kau jual dan berapa banyak enquiry.
- Hantar mesej WhatsApp yang dah disediakan. Butiran kau sudah ada dalam mesej, tekan Send.
- Pilih slot sesi Zoom dalam chat. Sesi sejam, dikongsi dengan sehingga empat syarikat.
- Mula trial dan sediakan maklumat bisnes: model, FAQ, polisi dan waktu operasi.
- Setup dan uji workflow pertama bersama kami dalam sesi.
- 14 hari aksesRM0 sepanjang trial
- 100 AI creditsCuba AI reply dan workflow
- Setup Zoom percumaKami bantu setup
- Group support trialTempat tanya bila tersekat
Borang percuma, tiada akaun atau langganan dicipta. Kad diperlukan bila mula trial; pelan diperbaharui selepas 14 hari kecuali dibatalkan. Caj Meta berasingan.
Harga ringkas
Bermula RM49 sebulan.
Tak perlu terus melabur dalam sistem besar. Mula dengan apa yang kau perlukan sekarang. Ada pelan lebih besar bila lead bertambah.
Solo
RM49/ bulan
Untuk seorang SA.
- 1 pengguna
- 300 lead baru sebulan
- 1,000 AI credits sebulan
- Paparan Hari ini & peringatan follow-up
- Nota, peringkat dan sejarah
- Borang lead, import CSV
- Butang WhatsApp & panggilan
Trial 14 hari RM0. Kad diperlukan bila mula trial; pelan diperbaharui kecuali dibatalkan sebelum trial tamat. Caj Meta berasingan. AI perlu nombor WhatsApp disambung dan setup diterbitkan.
Soalan lazim
AI boleh reply customer secara automatik?
Boleh, tapi kau yang pilih. Mod Semak dulu: AI tulis draf dan kau tekan Hantar, Ubah atau Buang. Mod Auto: AI hantar sendiri berdasarkan maklumat yang kau sahkan. Kami cadangkan mula dengan Semak dulu. AI hanya aktif selepas nombor WhatsApp disambung dan setup diterbitkan.
Boleh guna nombor WhatsApp Business yang sedia ada?
Nombor WhatsApp Business yang layak boleh guna coexistence, jadi app WhatsApp Business di telefon masih boleh digunakan. Kelayakan nombor dan sejarah chat ditentukan oleh Meta. Kita semak dan sambung sama-sama dalam sesi setup.
Kalau AI bagi harga salah macam mana?
AI jawab guna model, FAQ dan polisi yang kau berikan, dengan semakan terhadap nombor yang tiada dalam maklumat kau. Harga, ansuran atau diskaun yang tiada dalam maklumat kau sepatutnya diserahkan kepada kau. AI masih boleh silap, sebab itu mod Semak dulu ada. Kemas kini maklumat bila harga atau promosi berubah.
Velto boleh luluskan loan atau sahkan stok?
Tidak. Kelulusan loan ditentukan oleh bank, dan stok serta harga tepat perlu kau sahkan. Velto bantu kumpul maklumat dan tandakan bila customer perlukan kau.
Kalau aku tak reti setup AI?
Itu sebabnya ada sesi setup Zoom percuma. Kami bantu sediakan maklumat bisnes, sambung WhatsApp dan uji workflow pertama. Sepanjang trial kau juga boleh tanya dalam group support.
Perlu masukkan kad?
Borang Free Setup tak perlukan kad. Bila kau mula trial 14 hari, kad diperlukan tapi caj RM0 sepanjang trial. Pelan yang dipilih diperbaharui selepas trial kecuali kau batalkan sebelum ia tamat. Caj Meta untuk WhatsApp adalah berasingan.
Jangan biar lead yang dah masuk terlepas macam tu je.
Kau dah usaha cari customer. Sekarang mudahkan cara kau urus enquiry dan follow-up mereka.
- 14 hari RM0
- 100 AI credits
- Setup Zoom
Kad diperlukan bila mula trial. Solo RM49/bulan selepas trial kecuali dibatalkan. Caj Meta berasingan.